Surat cinta untuk calon suamiku :')

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dear calon suamiku,
Apa khabarnya imammu hari ini ?
Sudahkan harimu ini di awah dengan syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini.
Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam?

Wahai calon suamiku,
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?
Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa,
Agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingmu kelak.
Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi,
Namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang aku bertanya-tanya,
Kenapa ALLAH selalu mengujiku tepat dihatiku.
Bagian terapuh diriku.
Namun kini aku tahu jawapannya.
ALLAH tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingatiNya, kembali mencintaiNya.
Ujian demi ujian InsyaALLAH membuatku menjadi lebih tangguh,
Sehingga saat kelak kita bertemu,
Kau bangga telah memiliku ku dihatimu.

Calon suamiku,
Entah dimana dirimu sekarang.
Tapi aku yakin ALLAH pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku.
Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh,
Hingga aku pun bangga memilikimu kelak.
Apa yang aku harapkan dirimu adalah kesolehan.
Semoga sama halnya dengan dirimu.
Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku,
Hanya kesia-siaan yang akan aku dapati.
Aku masih haus akan ilmu.
Namun berbekal ilmu yang ada saat ini,
Aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan ALLAH dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku,
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bondaku,
Tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah,
Agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat.
Namun nanti, setelah menjadi isterimu,
Aku berharap menjadi pendamping yang solehah
Agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu.
Mendampingi dirimu yang soleh.
Aku ini pencemburu berat.
Tapi kalau ALLAH dan RASULULLAH lebih kau cintai daripada aku, aku rela.
Aku harap begitu pula dirimu.
Aku yakin kau lah yang aku perlukan,
Meski nanti kau bukanlah orang yang kuharapkan.

Calon suamiku yang dirahmati ALLAH,
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita,
Takkan kunamai dengan gubuk derita.
Kerana itulah markas dakwah kita.
Dan akan menjadi indah ketika kita hiasai dengan cinta dan kasih.
Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan kita.
Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal.
Dengan ilmu yang bermanfaat.
Terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada ALLAH Taala.

Bunga akan indah pada waktunya.
Iaitu ketika bermekaran menghiasai taman.
Maka kini telah kuperrsiapkan diri ini sebaik-baiknya.
Bersiap menyambut kehadiran dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar manjadi yang terbaik.
Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya menjadi yang terbaik disisimu kelak

Calon suamiku,
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata
Tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata kata.
Itulah yang kini ku hadapi.
Kelak saat kita tengah bersama,
Maka disitulah kau akan memahami diriku.
Sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Bersabarlah calon suamiku
Doakan selalu
Agar ALLAH memudahkan jalanmu tuk menjemputku sebagai bidadarimu
Semoga ALLAH sentiasa menjagamu,
Agar tak tersentuh yang bukan mahram mu
Meski hanya sehujung kuku
Agar kau bisa mempersembahkan dirimu seutuhnya untuk diriku
Seperti halnya aku
Yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya
hanya untukmu

Sudah dulu ya calon suamiku
Salam cintaku untukmu

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Calon isterimu,
QATRATUN NADA ALKHAIRI BINTI AKHIAR

Thanks cause lend your time to read my entry :]

Doa untuk kekasih :')

Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang,


Ya ALLAH,
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi...

Ya ALLAH Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya ALLAH,
Setelahnya engkau takdirkan
Dia bukan jodohku
Bawalah dia jauh dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya ALLAH Ya Tuhanku yang maha mengerti,
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangan jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agar sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya ALLAH yang tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnyaapa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya ENgkau yang maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya ALLAH,
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama sama dapat membina
Kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah

Ya ALLAH,
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL'AALAMIN

Thanks cause lend your time to read my entry :]

Tahun baru azam baru

Assalamualaikum
hai hai rey hai
Firstly , nak wish
HAPPY NEW YEAR !
SELAMAT TAHUN BARU !
Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup oksigen yang percuma !
Masih diberi peluang untuk terus beribadah :)
Motif aku post entry ni actually nak meluahkan apa yang terbuku di lubuk hati, cewahhh!
Aku pelik tengok anak anak muda yang sambut tahun baru dekat mana mana dataran
Yang dah kahwin dan yang berkeluarga tu kita tolak ketepi
Ni mana yang anak anak dara (dara ke ?) dan  bebujang ni
Hadeiii , mak angpa xkisah ka angpa p kuaq malam malam
Yang bebujang aku masih boleh maafkan lagi
Ni yang anak dara ni
Yang bertudung dan tak bertudung semua sama je
Tengah malam kottttttttt -,-
Rilek giler makpak angpa bagi kuaq
Daripada p sambut benda tak berpekdah tu beklah angpa p buat sujud syukur
Macam yang aku buat statement memula tadi
''Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup oksigen yang percuma !
Masih diberi peluang untuk terus beribadah :)''
Kat rumah pon boleh sambut tahun baru kot
Boleh je tengok bunga api dari rumah
Takde beza mana pon dengan tengok yang depan mata , hukaloh !
Takpelahh , bukan urusan aku pon angpa p kuaq kann
Justtt nak luahkan pendapat aku je
Tak setuju boleh komen , aku tak larang langsung :D
Sampai sini, Assalamualaikum

Thanks cause lend your time to read my entry :]

Aduhai seribu kali sayang


Berdosakah diriku
Terpaksa melepaskan
Cintamu yang serapuh
Dahan nan kering usang
Yang akhirnya kan patah
Terhempa gemeretap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan

Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah kau bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak kau mungkiri

Apakah sebenar yang terjadi
Hingga kau bersikap demikian
Sedangkan kau
Sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi

( korus )
Aduhai
Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata
Cintamu gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatimu
Itulah falsafah
Pegangan cintamu
Namun harus kau ingat
Hati yangmanakah
Selamanya kan sabar

Thanks cause lend your time to read my entry :]

Kenapa saya gatal nak kahwin awal

SUMBER : BLOG AMMAR

Tapi yang ni sesuai untuk lelaki,
Kalau untuk perempuan tu , tukau jelah mana mana yang patut , HAHA :D


1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak universiti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T


9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh. :)
Dah habis dah? Ada satu lagi, Extra! Hehe..


11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita.One Happy Family ! :D

Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya !

Thanks cause lend your time to read my entry :]

RASUK ! :(

Assalamualaikum


''Hari Ahad yang sunyi .
Tiada gelak ketawa family .
Hanya kedengaran suara suara artis di dalam radio tv .
Perut yang berkeroncong akibat tahap kemalasan memasak yang sangat tinggi .
Rindukan tangisan budak kecil yang selalu memecahkan sepi .''

Perasaan yang bercampur baur untuk hari ini
Sunyi + sepi + sedih + sakit hati
Ouhhhh tidakkkkkkkkkkkk (T.T)

Kemana hilangnya dia ?
Kena culik dengan UFO ke ?
Atau memang dah tak nak ambil tahu pasal aku ?
Ouh lelaki
Hampir kesemuanya SAMA
Pandai menabur janji tapi tidak pandai untuk menepati
Malangnya nasib aku
Tapi aku tak boleh menyalahkan takdir
Mungkin bukan jodoh aku dengan siapa siapa
Its okay Qat, just focus on your work and study
Ada jodoh nanti adalahhh :)
Kita bercinta lepas kahwin jelah ye bakal suami :'D

Okayy kita skip kepada next story jelah ye
Semalam hari last aku g training
Excited lah kan sebabnya HARI LAST
Yelahh seharian kat sana untuk 6 hari memang bukan kegemaran aku
Tapi ikhlaskan hati sebab menuntut ilmu ye kawan kawan
Masa tu jam dah dekat pukul 1.00 tengahari
Memasing pun dah menunjukkan muka kelaparan yang teramat sangat
Termasuklahh akuuu yang perut berkeroncong ni
Then tetibe !! jeng jeng jeng
Some one dari arah belakang kena R.A.S.U.K
Sebabnya tak dapat dikenal pasti
Tak sampai beberapa minit 'benda' tu berjangkit dekat orang lain
Oh my GOD ! sangat seram masa tu
Dewan dikumandangkan dengan zikir munajat and macam macam surah dan doa
Hampir 10 orang jugak yang kena
Ada yang menjarit kesakitan
Ada yang menangis ketakutan
Dalam hati terfikir macam mana pulak kalau lepas tu turn aku
Nauzubillah minta dijauhkan
Keadaan menjadi huru hara
Sehinggalah datang seorang lelaki dan ada seorang mak cik tu
Lelaki tu terus azan dan berzikir tanpa henti
Aku dapt rasakan tahap kepenatan dia
But its okay, itu boleh mendatangkan pahala yang banyak
Mak cik tu kira macam pakar dalam ubat orang macam ni
MasyaALLAH keadaan yang sangat menakutkann (T.T)
Kejadian berlaku lebih kurang sejam
Alhamdulillah dengan izin ALLAH
Keadaan kembali menjadi tenang
Fuhhh lega
Ingat ye kengkawan ,
Jangan terlampau takut dan jangan pula terlampau berani
Kawal perasaan takut anda ye frensssssssssssss :D

" kata salah seorang mangsa , dia ternampak lembaga hitam tua di dalam dewan tersebut ''
:O

Nak selit jap gambar masa training day 5 :D




Ulang ulang gambar dengan orang sama je kan , hahaha :p

Thanks cause lend your time to read my entry :]

Training day 3

Assalamualaikum
Rini nak cerita pasal training aku
Hurmm , penatnyaaaa :O
Enam hari tak berhenti pukul 9.00 - 5.00 petang
Tinggal lagi tiga hari je , fuhh lega
So nak share gambar time training rini , rancak sangat bergambar hahah !
Gambar teacher baru dekat Little Caliph Bandar Seri Putra :)



Teacher Ayu
Teacher Qat , Teacher Ain and Teacher Farah

Thanks cause lend your time to read my entry :]

Akur Janji (Eddie & Wanie)

Assalamualaikum
Before nak post lirik lagu
Nak bagitahu
Ku labuhkan cintaku yang pertama pada Tuhanku yang satu, ALLAH S.W.T
And seterusnya Rasulullah, my parents and all my family
But, there are someone special in my life :)
Ayat ayat dalam lagu ni dia tujukan kat aku :D
Enjoy it !!!

Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Disisimu

Kekasih ku sayangkan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu

Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedtik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu

Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan


Thanks cause lend your time to read my entry :]

NAK KAWINNNN !

Assalamualaikum
Hmm
Semakin lama semakin ramai member sebaya aku kawin
Jeles koooooooooooooooooot
Bila nak sampai turn akuuuu ?
Haisyyy
Bila dah ada kata nak datang merisik, tapi cancel -,-
Ni dah larikkk dahhhh
Sunyi sepi lahh akuuu , ceit podacit !
Anyone can find husband for me ??
NGEEE :D
Seriously jealous yang amat bom kebabom !
Btw congrats pasangan NANI & ZAIMI
dan FAREESHA & ACAY
Moga kekal ke anak cucu :)


FAREESHA & ACAY


NANI & ZAIMI

"Di hari yang indah ku yakin berlaku kita bertemu di jambatan kasih setelah dipisah lama :')"

Thanks cause lend your time to read my entry :]

Homestay Mutiara Rini, Skudai

Assalamualaikum
Barubaru ni aku p family trip kat Skudai
Memang aku tahu takde pape
Tapi disebabkan follow mak aku
So aku on kan jelah mana mana pun
Homestay dekat sini sangat selesa
Tersangat sangat sangat
Dah macam duduk rumah banglo dah den
Hahahhaha , meh le usha gambar homestay ni
Kot kot nanti korang pun berkenan nak duduk sini ke kannnn











2 tingkat
Sangat luas
2 bilik ada aircond
Syok habiss !!

Gambar kat sana tak berapa banyak
So ada lah beberapa gambar
Heeeee , enjoy !





















Gambar tunggang langgang
malas nak edit dah
Ada gambar kat Sutera Mall
Kat Legoland pon ada tu
Tapi signboard jelah
Tak mampu nak masuk hahahha :3
N ada jugak kat pantai klebang singgah lunch

Thanks cause lend your time to read my entry :]